Tuesday, February 10, 2009

Tuduhan Zahid Hamidi Jahat

Written by Wartawan Buletin   
Monday, 09 February 2009 11:36
http://buletinonline.net/images/stories/berita1/ayahwan.jpgKuala Terengganu - Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' wan Abdul Mutalib Embong menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang menuduh PAS menjadi alat tunggangan mana-mana parti sebaliknya Pakatan Rakyat membuat keputusan dengan mengambil perkiraan tertentu.

Menurutnya, dalam keadaan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, pendekatan harmoni dan tidak memecah belah hubungan antara kaum perlu diambil kira oleh parti itu supaya rakyat dapat hidup dalam keadaan aman tanpa menimbulkan syak wasangka. 

Beliau menyifatkan menuduh PAS telah didominasi golongan tertentu adalah satu kenyataan jahat yang tidak bertanggungjawab kerana semua pihak tahu, PAS adalah sebuah parti politik yang mempunyai jati diri yang kukuh dalam memperjuangkan prinsipnya. 

“Kita hidup dalam masyarakat pelbagai kaum dan tidak mahu suatu hari nanti kita mengalami satu tindak balas (perkauman) yang besar kerana membuat satu keputusan yang tidak jelas,”katanya ketika dihubungi semalam. 

Beliau berkata demikian ketika diminta respon kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa PAS telah dipergunakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP khususnya dalam menghadapi senario politik di negeri Perak. 

Katanya dalam menangani situasi poltik di Perak PAS mempertahankan tindakan yang dilakukan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang enggan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar. 

Katanya, langkah Mohammad Nizar dan anggota exco negeri itu mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak adalah tidak melanggar Perlembagaan di negeri berkenaan. 

“Undang-undang telah mengatakan beliau (Mohammad Nizar) hanya boleh dipecat sekiranya ada undi tidak percaya di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), itu adalah jelas. 

Dalam keadaan sekarang, Kata Wan Muttalib, Mohammad Nizar boleh mentadbir Perak sebagai kerajaan minoriti.
Last Updated on Monday, 09 February 2009 11:49

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=192:tuduhan-zahid-hamidi-jahat-&catid=35:dalam-negeri&Itemid=2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...