Tuesday, February 10, 2009

Kerusi DUN Bukit Selambau kosong




ALOR SETAR - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Selambau, V. Arumugam disahkan meletakkan kedua-dua jawatannya iaitu sebagai wakil rakyat kawasan itu dan Anggota Exco Kerajaan Negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, surat peletakan jawatan Arumugam bertarikh 8 Februari itu diterima pada 5 petang tadi yang lengkap dengan tandatangan dan cop Pesuruhjaya Sumpah.

"Dukacita saya memaklumkan bahawa beliau (Arumugam) telah meletakkan jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau dan juga Anggota Exco Kerajaan Negeri berkuat kuasa serta- merta," kata beliau pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini malam tadi.

Azizan berkata, sepucuk surat peletakan jawatan wakil rakyat itu turut diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dr. Abd. Isa Ismail.

"Surat itu bertarikh 8 Februari 2009. Kandungan surat itu antara lain menyebut beliau tidak tahan dengan ugutan selain ancaman ke atas keselamatan diri dan keluarga.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...