Murphy setuju tanggung anak
LOS ANGELES - Pelakon komedi, Eddie Murphy mengakhiri pertikaian mahkamah dengan bekas anggota Spice Girls, Mel B dengan bersetuju membayar kos saraan anak mereka berjumlah berjuta-juta dolar, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyelesaian mahkamah itu menetapkan Murphy menanggung kos sara hidup bulanan anak perempuannya, Iris Angel sebanyak AS$51,700 (RM185,370) sehingga berumur 18 tahun dengan bayaran keseluruhan mencecah AS$10.3 juta (RM37 juta).
Murphy yang popular selepas berlakon dalam filem Beverly Hill Cop turut bersetuju untuk berjumpa anak perempuannya itu yang kini berumur 20 bulan.
Sebelum ini, Mel B dan Murphy 'berperang' di sebuah mahkamah di Los Angeles selama 15 bulan apabila pada April 2007, aktor itu menyatakan bayi tersebut bukan zuriatnya.
Namun, ujian DNA membuktikan bayi itu adalah anak Murphy.
Dia berpisah dengan Mel B atau nama sebenarnya Melanie Brown, 33, ketika wanita itu sedang hamil.
Seorang rakan penyanyi itu memberitahu bahawa Mel B membawa kes itu ke mahkamah bukan kerana wang sebaliknya, dia mahu hak anaknya dilindungi termasuk mengetahui siapa bapanya yang sebenar. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_12.htm
No comments:
Post a Comment