Tuesday, February 10, 2009

Naina buntu cari Nor Syuhada


Nor Syuhada





KUALA LUMPUR - Usaha Naina Mohamad (gambar), 55, bapa kepada pelajar tahun tiga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nor Syuhada Naina Mohamad, 23, mencari anaknya itu menemui jalan buntu.

Naina ketika dihubungiKosmo! memberitahu, sejak berita kehilangan anaknya itu, langsung tiada khabar berita mahupun maklumat mengenai anaknya itu diperoleh.

"Saya pernah pergi ke Klang dan mencari Syuhada di tapak pembinaan dan rumah-rumah kongsi di sana hasil bantuan daripada seorang rakan, namun hampa apabila pekerja di sana memberitahu tidak pernah terserempak atau terlihat Syuhada di sana.

"Usaha untuk mengesan teman lelaki Syuhada, Rauf juga tidak berhasil kerana saya tidak mempunyai gambar bagi membantu menjejakinya," katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...