Tuesday, February 10, 2009

'Tidak berkesan pun' - Kedai jual ‘ubat beracun’ terus beroperasi


SALAH sebuah kedai yang dipercayai menjual 'ubat beracun' masih beroperasi di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.



KERATAN Kosmo! 3 februari.


KUALA LUMPUR - Operasi 'pembersihan' yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas premis barangan kosmetik dan ubat-ubatan tradisional di sekitar Chow Kit di sini baru-baru ini langsung tidak berkesan.

Ini kerana kebanyakan premis berkenaan masih bebas menjual produk yang tidak didaftar dan mempunyai kandungan racun berjadual.

Malah tinjauan Kosmo! mendapati masih banyak produk berkenaan dijual di Lorong Haji Hussin, Jalan Raja Alang, dan Jalan Raja Bot, malah ada antaranya dipamerkan secara terbuka di atas rak hadapan.

Lebih menghairankan, peniaga yang ditemui sendiri memaklumkan premisnya tidak pernah diserbu, jadi sejauh manakah keberkesanan pemantauan KKM?

Wartawan Kosmo! sebelum ini dengan mudah boleh membeli produk kecantikan dari Filipina yang mengandungi racun berjadual hydroquinone, tretinon, sibutramine dan ephedrine yang dijual di sekitar Chow Kit.

Hydroquinone sebagai contoh boleh menyebabkan pigmentasi dan risiko kanser kulit sementara ephedrine pula menyebabkan kesan sampingan seperti tekanan darah tinggi dan kesan kardiovaskular.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...