KUALA LUMPUR - "Pembantu rumah saya sebelum ini seorang warak tapi sejak bercampur dengan geng-geng senegara dan selalu lepak ramai-ramai di taman permainan, dia berubah sama sekali hingga sanggup lari dari rumah kami.''
Demikian dedah seorang ahli perniagaan, Amirah, 30-an, (bukan nama sebenar) mengenai pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia, yang lari dari rumah gara-gara termakan pujukan sindiket 'persatuan amah taman'.
Mengimbas kembali peristiwa itu yang berlaku di kawasan perumahannya di Seremban baru-baru ini, Amirah menggambarkan pembantu rumahnya yang bernama Eshah, 19, yang telah hampir dua tahun bekerja dengannya merupakan seorang individu yang pemalu, berhemah, sayang kepada kedua-dua anaknya malah cukup naif dalam segala hal.
"Perubahan sikap bermula bila kami berpindah ke rumah lain yang juga berdekatan dengan rumah lama kami apabila secara kebetulan rata-rata jiran masing-masing mempunyai pembantu rumah,'' katanya.
Menurut Amirah, dia dan suaminya pada awalnya, kurang senang apabila Eshah mula membawa anak-anaknya keluar berjalan-jalan di kawasan taman permainan di kawasan perumahan mereka.
Katanya, perasaan itu timbul disebabkan kawasan tersebut didapati menjadi 'port' kepada pembantu-pembantu rumah lain berjumpa dan bersembang sambil mengendong anak majikan masing-masing.
"Mulanya saya fikir amah pun nak berkawan, jadi saya biarkan saja dan lagipun, dia uruskan semua urusan rumah tangga dengan baik," katanya yang mengakui dia dan suaminya sentiasa sibuk mengendalikan perniagaan di dalam mahu pun luar negara.
Katanya, kemuncak kepada masalahnya adalah apabila kerja-kerja menaik taraf rumahnya yang dilakukan sekumpulan kontraktor Indonesia membawa kepada pertemuan Eshah dengan salah seorang daripada mereka.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
No comments:
Post a Comment