KUALA TERENGGANU - Gara-gara mengaku dirinya masih anak dara, perkahwinan seorang ustazah, Nor Radhiah Ramli, 23, dengan pengarah dan pelakon, Aziz M. Osman, 47, pada Ogos tahun lalu diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Pengakuan itu dibuat Nor Radhiah semasa hari pernikahan dengan Aziz pada 16 Ogos tahun lalu yang menyatakan: "Saya adalah seorang anak dara dan saya sekarang tidak menjadi isteri sesiapa dan tidak di dalam edah sesiapa.''
Sedangkan menurut Ketua Hakim Syarie, Datuk Ismail Yahya, pengakuan itu ditandatangani wanita tersebut hanya 20 hari selepas perkahwinan dengan suaminya yang terdahulu dibatalkan Mahkamah Rendah Syariah pada 28 Julai tahun lalu.
"Ini bermakna Nor Radhiah tidak menjalani tempoh edah selepas perkahwinan dengan bekas suaminya itu disahkan batal oleh mahkamah.
"(Sepatutnya) sebagai akibat berlakunya persetubuhan syubhat antara Nor Radhiah dan suami terdahulu, diwajibkan ke atas pemohon (Nor Radhiah) beredah tiga kali suci mulai 28 Julai itu,'' katanya ketika membuat keputusan itu semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
No comments:
Post a Comment