Tuesday, February 10, 2009

Rais Yatim Sahkan Sultan Tiada Kuasa Memecat MB

Dilulus terbit pada Monday, February 09 @ 06:57:00 MYT olehTokPenghulu

ArtikelOleh Abu_Ezza

"

Dalam menyelesaikan kemelut ini, pakar Perlembagaan Persekutuan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyatakan jika Mohammad Nizar terus berdegil hendakkan jawatannya itu, maka jalan keluar terakhir adalah menerusi undi tidak percaya terhadapnya dan pakatan pembangkang - dianggotai Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP - di Dewan Undangan Negeri Perak.



‘‘Namun berdasarkan perhitungan, Barisan Nasional yang kini memperoleh majoriti akan mendapat sokongan yang lebih daripada PKR,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Rais mengambil contoh satu kes melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Stephen Kalong Ningkan yang enggan meletak jawatan pada 1966. Akhirnya, kedudukan beliau diputuskan di lantai Dewan Undangan Negeri - yang membawa pelucutan jawatannya.

Begitu juga dalam kes-kes sama melibatkan beberapa Ketua Menteri di Sabah. Di Nigeria pula, kes serupa bernama kes Akintola yang sah diiktiraf di Malaysia mengatakan tentang keadaan di mana seseorang ketua kerajaan negeri atau ketua kerajaan/negara itu boleh dilucutkan jawatannya.

‘‘Nas undang-undang ini telah diterima di Malaysia dan seluruh Komanwel,” kata Rais sambil mengambil contoh kes melibatkan Mohammad Nizar adalah pertama kali seumpamanya berlaku di Semenanjung.

Realitinya, tiada cara lain boleh menghentikan kedegilan Mohammad Nizar melainkan beliau mematuhi titah Sultan Perak atau menghadapi undi tidak percaya dalam DUN.

Dan kalaupun dalam undi tidak percaya itu secara luar biasa pula tidak berpihak kepada BN dan Mohammad Nizar terus berkuasa, ia akhirnya pun tidak akan mendatangkan manfaat kepada sesiapa.

# sumber : Utusan Malaysia 


http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2374&mode=thread&order=0&thold=0

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...