CARDIFF - Seorang jurugambar Poland, Maciej Dakowicz merakam gelagat orang ramai yang mabuk pada malam minggu di sini sejak empat tahun lalu ketika budaya liar itu mendapat perhatian kerajaan Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Dakowicz yang mengumpul gambar-gambar itu dalam sebuah koleksi bertajuk Cardiff At Night (Malam Hari di Cardiff), pernah mengembara ke 20 negara di Benua Asia dan Afrika bagi mengembangkan bakatnya selepas mempelajari seni fotografi pada 2003.
Bagaimanapun, jurugambar amatur itu berkata, dia tertarik dengan budaya minum sampai mabuk masyarakat Britain setibanya dia di sini empat tahun lalu.
"Senario malam hari yang begitu liar merupakan perkara baru buat saya dan mencetuskan inspirasi untuk saya merakamnya," kata Dakowicz yang berasal dari Bialystok, timur laut Poland.
"Saya merakam gambar manusia dan persekitaran di sini. Belum pernah saya melihat suasana liar seperti ini sama ada di Poland atau mana-mana negara yang pernah saya lawati," tambahnya.
Menurutnya, masyarakat Britain gemar berparti dan berseronok tetapi mereka kerap kali hilang kawalan apabila berada di bawah pengaruh alkohol.
"Masyarakat di sini minum arak dengan banyak dan pantas. Justeru, mereka cepat mabuk," jelasnya. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm
No comments:
Post a Comment