SEREMBAN: Dua puluh sembilan pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Air Hitam diletakkan di bawah pemerhatian di Hospital Jempol selepas seorang rakan mereka meninggal dunia akibat perikarditis iaitu satu jangkitan virus di sekeliling pundi jantung.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican berkata dua pelatih lain telah dimasukkan ke wad pengasingan di hospital sama.
"Dua lagi dalam keadaan stabil. Pegawai-pegawai kita akan terus memantau keadaan di PULAPOL dan jika ada mana-mana kes-kes suspek baru akan dirujuk terus ke Hospital Jempol," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ismail berkata pihaknya masih menyiasat punca mangsa boleh dijangkiti virus berkenaan.
"Sehingga kini, kita telah menetapkan antibiotik untuk 166 orang individu, kita juga telah mengambil langkah pencegahan untuk memastikan penyakit itu tidak merebak," katanya.
Kematian seorang pelatih di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban hari ini menimbulkan kebimbangan dikalangan orang ramai apabila ada khabar angin mengatakan bahawa kematian itu akibat meningitis.
Kebimbangan itu juga wujud apabila pesakit-pesakit dan pelawat-pelawat di hospital berkenaan melihat kakitangan hospital memakai topeng dan bersarung tangan.
Untuk mengurangkan kebimbangan mereka, Pengarah hospital, Dr Jaafar Che Mat berkata penggunaan topeng dan sarung tangan adalah proses normal untuk menghalang penyebaran sebarang penyakit berjangkit.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5/15/mstar_berita/20090515185323&sec=mstar_berita
No comments:
Post a Comment