Saturday, May 16, 2009

Kes pertama H12N1 : Rakyat dinasihat tidak panik

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia dinasihat tidak panik selepas kes pertama Influenza A (H1N1) dikesan di negara ini membabitkan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat, Rabu lalu.

Pemangku Menteri Kesihatan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata kementerian

telahpun mengambil langkah berjaga-jaga termasuk dengan melakukan kuarantin

rumah bagi kesemua lima anggota keluarga pesakit itu, walaupun tiada antara mereka yang menunjukkan sebarang simptom setakat ini.

Beliau berkata, mereka yang mempunyai kontak secara terus dengan pesakit itu termasuk kakitangan hospital yang memeriksanya turut diletakkan di bawah pemerhatian.

Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Penerbangan Malaysia (MAS) juga

sedang menghubungi penumpang-penumpang dalam penerbangan tersebut untuk

diperiksa, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat 199 penumpang dan krew dalam penerbangan tersebut

tetapi tidak semua penumpang terbabit berada di negara ini memandangkan ia 

adalah penerbangan transit.

Kong, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memangku

jawatan itu kerana Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai Liow sedang

dalam perjalanan ke Geneva, Switzerland, untuk menghadiri Perhimpunan Agung

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ditanya mengapa virus itu tidak dapat dikesan ketika pemeriksaan dibuat di

lapangan terbang sebaliknya hanya dapat dikesan selepas dua hari apabila

pelajar itu dimasukkan ke hospital, Kong berkata ia kerana virus itu tidak 

menyebabkan demam serta-merta.
-Bernama 

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20090515175318/Article

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...