tangannya." title="CEDERA...Sharifah Murni menunjukkan kecederaan di lutut dan tangannya." height="330" width="300" border="0"> |
CEDERA...Sharifah Murni menunjukkan kecederaan di lutut dan tangannya. |
KUALA KEDAH: “Saya cuba menarik beg tangan yang direntap peragut menyebabkan saya hilang imbangan lalu motosikal saya terbabas dan terpelanting ke tengah jalan.
“Mujur ketika itu, tiada kereta atau lori melalui kawasan itu. Jika tidak mungkin saya mati digilis,” kata Sharifah Murni Syed Ali, 20, ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin di simpang lampu isyarat Seberang Perak di sini, Sharifah Murni yang bekerja di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Teluk Wanjah, Alor Star dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Ulu di sini, dengan menunggang motosikal seorang diri.
Katanya, dia meletakkan beg tangannya dalam raga motosikal dan kemudian ditutup dengan jaket untuk mengelak daripada menjadi mangsa ragut.
“Ketika di lampu isyarat Seberang Perak, dua lelaki di atas sebuah motosikal yang dipercayai berusia 30-an menghimpit motosikal saya tetapi saya tak syak apa-apa.
“Bagaimanapun, sebaik lampu bertukar hijau dan saya meneruskan perjalanan secara tiba-tiba pembonceng motosikal itu merentap beg tangan dalam raga motosikal menyebabkan saya terkejut dan sempat menarik beg itu, tetapi gagal apabila motosikal saya terbabas di Lebuhraya Sultan Abdul Halim.
Akibat kejadian itu, mangsa cedera di lengan kanan serta kedua-dua lutut akibat terseret jalan tar.
Berikutan itu, mangsa yang kehilangan beg tangan mengandungi wang tunai RM50, telefon bimbit dan dokumen penting yang disimpan dalam beg kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Star malam kelmarin.
Sementara itu, jurucakap polis Kota Star ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan masih menjalankan siasatan lanjut.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090616065155/Article/index_html
No comments:
Post a Comment