Wednesday, June 17, 2009

Enam termasuk Datuk disiasat di Pahang


KERATAN Kosmo! semalam.


KUANTAN - Kesemua enam lelaki termasuk ketua Pasukan Khas PersekutuanMalaysia (PKPM) yang ditahan dalam serbuan di Gombak, Selangor kelmarin telah diserahkan kepada polis negeri ini untuk siasatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Supritendan Zaini Jass berkata, kesemua suspek itu diserahkan kepada JSJK di sini bagi membantu siasatan berhubung kes yang dilaporkan pada 26 Mei lalu.

"Kita akan menjalankan siasatan terhadap kegiatan PKPM di sini bagi mengesahkan laporan serta dakwaan yang dikemukakan pengadu di sini," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada 26 Mei lalu, Kosmo! melaporkan PKPM yang pernah dilumpuhkan oleh polis enam tahun lalu didakwa aktif semula termasuk di Pahang.

Pertubuhan yang kononnya 'pasukan perisik kerajaan' itu ketika itu didakwa giat merekrut ahli baru di seluruh negara termasuk lebih 400 orang telah menyertai pasukan itu di Pahang.

Modus operandi PKPM adalah sama dengan pertubuhan itu pada tahun 2003 yang menawarkan gaji, elaun, pangkat, kuasa dan senjata api kepada mana-mana individu yang menyertai pasukan berslogan 'Bersatu Membanteras Dan Menentang Musuh Negara'.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0617&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...