LONDON - Seorang pelayan, Fata Lemes yang meletakkan jawatan kerana enggan memakai pakaian berwarna merah ketika bekerja memenangi ganti rugi hampir £3,000 (RM17,315) kerana mengalami penderaan seksual, lapor sebuah akhbar semalam.
Fata yang berumur 33 tahun menerima ganti rugi itu walaupun Tribunal Pekerjaan London Tengah menolak dakwaannya bahawa pakaian itu tidak sopan dan mendedahkan sebahagian besar tubuhnya.
Namun, tribunal dalam penghakimannya percaya pakaian singkat yang berwarna merah itu menyebabkan Fata kelihatan seperti seorang pelacur.
Menurut keputusan tribunal itu, ketua di bar Rocket tempat Fata bekerja perlu mengambil kira pandangan bahawa dia memakai pakaian yang menyebabkan dia mengalami penderaan seksual.
Pelayan itu merupakan penganut Islam kelahiran Bosnia.
"Jika anda memakai pakaian itu, anda mungkin kelihatan seperti berbogel," kata Fata. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm
No comments:
Post a Comment