Wednesday, June 17, 2009

Molekul beku darah ditemui


JIKA berlaku pembekuan darah yang teruk, seseorang itu berisiko mengalami serangan jantung.


SAINTIS menemui sebuah molekul yang bertanggungjawab ke atas mekanisme pembekuan darah. Kumpulan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat itu berkata, pendedahan itu dapat membantu mengatasi masalah kesihatan yang berkaitan dengannya.

Jika darah beku membesar, seseorang itu boleh maut, lapor kajian yang disiarkan dalam sebuah jurnal. Hasil kajian itu penting bagi membolehkan pakar perubatan mencari rawatan baru bagi penyakit tertentu.

Kumpulan saintis itu mengesan sebuah kawasan protein pembekuan darah, von Willebrand factor (VWF) yang mengandungi sejenis pengesan untuk mengawal saiz protein yang dihasilkan. Ia perlu sentiasa berfungsi dengan efektif. VWF penting untuk kesejahteraan badan kerana ia mengawal keseimbangan darah beku dan darah cair.

Sebarang gangguan padanya, boleh membawa kepada beberapa masalah termasuk serangan jantung. Dr. Wesley Wong, salah seorang pengkaji tersebut berkata: "Badan manusia mempunyai keupayaan semula jadi untuk merawat sebarang kecederaan atau kerosakan.

"Salah satu respons yang bertindak segera adalah keupayaan menghentikan luka yang berdarah. Bagaimanapun, proses menghentikannya bukanlah senang."

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_05.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...