Wednesday, June 17, 2009

Lima lagi 'import' influenza A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan kini mengesan lima lagi kes terbaru influenza A (H1N1) di negara ini sehingga semalam dengan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 17 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, semua 17 kes tersebut adalah merupakan kes import.

Menurut beliau, kes ke-13 dikenal pasti daripada seorang pelajar lelaki warganegara Malaysia berusia 12 tahun yang telah bercuti selama lima hari di Manila, Filipina bermula 8 hingga 13 Jun bersama tiga anggota keluarganya.

Pesakit itu pulang ke negara ini dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.05 petang 13 Jun lalu melalui penerbangan terus MH705.

"Beliau disahkan demam semasa saringan di KLIA di samping mempunyai simptom batuk dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 14 Jun pukul 3.30 petang dan rawatan antiviral telah bermula," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd. Ismail berkata, kes ke-14 pula melibatkan seorang pelancong lelaki dari Britain berusia 25 tahun yang tiba di negara ini pada pukul 9.35 pagi 8 Jun lalu menaiki pesawat EK342 dari Dubai.

Katanya, kes ke-15 pula merupakan seorang pelajar lelaki tempatan berusia 16 tahun yang tiba di negara ini untuk bercuti pada 13 Jun pukul 7.30 petang dengan menaiki pesawat Jet Star Airline 3K687 dari Singapura.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...