Wednesday, December 15, 2010

Ahadiat Akashah diarah bayar nafkah RM400

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam, memerintahkan novelis yang terkenal menerusi novel Lagenda Budak Setan, Ahadiat Akashah membayar nafkah RM400 terhadap anak perempuannya bermula bulan ini.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menolak permohonan Ahadiat atau nama sebenarnya Ahadiat Akashah Kairuddin Akashah, 44, selaku plaintif untuk mengubah perintah mahkamah sebelum ini yang menetapkan bayaran RM300 sebulan sebagai nafkah anak perempuannya mengikut keadaan kewangan.


Keputusan itu meluluskan tuntutan balas bekas isterinya, Shahilah Mat Nazir, 39, selaku defendan untuk memohon nafkah RM300 yang diperintahkan sebelum ini dinaikkan kepada RM800 sebulan memandangkan keperluan anaknya, Aishah Akashah, 14, meningkat seiring dengan usia dan keadaan semasa. Dalam penghakimannya semalam, Wan Mahyuddin berkata, walaupun plaintif pernah muflis pada 1998, dia berupaya bekerja, malah masih menerima royalti hasil penjualan novelnya yang sentiasa diulang cetak.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AhadiatAkashahdiarahbayarnafkahRM400/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...