Wednesday, December 15, 2010

JK hak, kebebasan cadang Anwar digantung

JK hak, kebebasan cadang Anwar digantung
Dis 14, 10 12:07pm

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen hari ini mengemukakan cadangan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim digantung daripada Parlimen berhubung tindakan ketua pembangkang itu mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

NONESyor dikemukakan dalam laporan Jawatankuasa itu yang dibentangkan melalui satu usul yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz .

Syor berkenaan juga telah tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Usul itu dijangka dibahaskan oleh ahli dewan pada Khamis yang akan memutuskan sama ada syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu diterima atau sebaliknya.

Mohammed Nazri pada 22 April lalu telah mengemukakan usul untuk merujuk Anwar pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ekoran kenyataan yang dibuatnya itu yang mengaitkan firma perhubungan awam Apco Worldwide yang dilantik oleh kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, jawatankuasa bersetuju bahawa dakwaan wakil rakyat Permatang Pauh itu adalah tidak benar.

NONE"Beliau telah menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli Parlimen. Oleh yang demikian jawatankuasa memutuskan dan bersetuju Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah digantung tugas daripada jawatannya sebagai ahli Parlimen selama enam bulan," katanya dalam laporan jawatankuasa berkenaan.

Menghina pengerusi

Menurut laporan itu, jawatankuasa berkenaan juga amat memandang berat tindakan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelurgor) yang secara berterusan membuat pelbagai dakwaan menghina terhadap Pengerusi Jawatankuasa itu.

"Jawatankuasa turut melahirkan kekesalan terhadap kelakuan Yang Berhormat Bukit Gelugor yang tidak menghormati dan memperkecilkan sesama ahli jawatankuasa lain," katanya.

Bagi memastikan perkara seumpamanya tidak berlaku lagi di masa akan datang, Jawatankuasa turut mengesyorkan supaya dikenakan pencelaan kepada Karpal Singh.

NONEJawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dianggotai oleh Pandikar Amin, Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) dan Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) yang dipertanggungjawab untuk membincangkan isu dakwaan Anwar terhadap Apco itu.

Karpal dan Sivarasa bagaimanapun menarik diri daripada keanggotaan jawatankuasa itu setelah kalah dalam undi belah bahagi dalam jawatankuasa itu untuk meneruskan pertimbangan kes tersebut berdasarkan surat penjelasan daripada Apco dan handsard Dewan Rakyat.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/150737

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...