Wednesday, December 15, 2010

Pekerja Puncak Niaga dakwa dipecat secara tidak adil

Pekerja Puncak Niaga dakwa dipecat secara tidak adil
Fadzly Esa
Dis 14, 10
1:46pm

Seramai 14 daripada 17 kakitangan Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) yang dipecat kerana prestasi kerja yang didakwa lemah oleh pihak pengurusan mengadakan piket secara aman di hadapan bangunan syarikat konsesi air di Shah Alam, pagi tadi.

NONEMereka mendakwa pemecatan mereka itu tidak sah dan dilakukan secara tidak adil.

Sambil membawa sepanduk yang antaranya tertera 'tuduhan tiada bukti terus pecat', 'kami dianiaya maruah kami tercemar', 'Puncak Niaga kejam dan tidak adil', 'kalau salah kenapa tidak DI', 'ayahku teraniaya dibuang kerja' pekerja juga menuntut supaya diambil balik bekerja.

Perhimpunan yang bermula kira-kira jam 10 pagi tadi itu kemudiannya diarahkan bersurai oleh pihak polis setelah kira-kira setengah jam mereka berkumpul.

NONENamun tidak berpuas hati dengan sekatan mereka untuk berhimpun, pekerja berkenaan kemudiannya berkumpul di luar perkarangan pusat membeli belah Giant berhampiran bangunan Puncak Niaga untuk mengadakan sidang akhbar.

Jurucakap kumpulan itu, Kaharuddin Mohd Ali mendakwa keputusan pemecatan mereka adalah tindakan penganiayaan kerana syarikat hanya mengeluarkan beberapa surat tanpa dalil yang membuktikan prestasi mereka lemah.

NONE“Kami tidak pernah menerima surat tunjuk sebab, surat amaran atau apa-apa tindakan disiplin mahupun siasatan dalaman sebelum dipecat,” katanya.

Semua 17 mereka diberikan notis pemecatan bertarikh 19 Oktober lalu dan tindakan dikuatkuasakan pada 30 Oktober lalu.

Katanya, hanya dua daripada mereka dihadapkan ke lembaga disipilin manakala yang lain langsung tidak diberikan peluang membela diri.

Sebaliknya, Kaharuddin mendakwa mereka, masing-masing diarahkan menjalani empat sesi kaunseling dalam tempoh enam bulan.

Dakwanya, sesi kaunseling berkenaan hanyalah berbentuk sesi temubual sahaja dan tidak menepati tujuan ia dijalankan.

NONE“Sesi-sesi tersebut hanyalah sebagai helah bagi mengaburi pihak berkuasa untuk menghalalkan tindakan mereka (pengurusan Puncak Niaga).

“Semasa sesi kaunseling, petunjuk prestasi utama dan pemberian markah tidak seimbang dengan khidmat bakti yang diberikan tidak seimbang dengan mengambil kira aspek penghasilan kerja, ilmu pengetahuan, kepakaran, hasil usaha kakitangan dan tidak ada penekanan terhadap pembangunan kerja,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Puncak Niaga untuk mendapatkan ulasan tetapi difahamkan pihak pengurusannya sedang bermesyuarat.

http://malaysiakini.com/news/150761

3 comments:

Unknown said...

Saudara,

Kita kena faham betul2 isu ini sebelum mensensasikan cerita ini. Kita perlu cari sebab musabab kenapa mereka mendakwa "dizalimi" oleh Puncak.

Isu ini timbul selepas Puncak diserang bertubi2 oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab terutamanya dari PR sehinggakan isu2 melibatkan peribadi CEO Puncak pun hendak dijaja merata2.

Ia timbul bulan 12 sedangkan kes ini berlaku bulan 10. Ia sudah dirancang dgn teliti.

Knp tiada siapa yg pergi mendapatkan berita sebenar daripada pihak pengurusan Puncak? Kenapa hanya mendengar dari satu pihak?

Nani Man UTD said...

Iye Wak, saya jugak setuju dgn Wak.

Saya pun kerja private. Masa saya kerja, saya dah sign surat resignation letter tanpa tarikh. Surat tu menunjukkan saya sedia diberhentikan dlm tempoh masa tertentu sekiranya saya tidak memenuhi pencapaian atau mutu atau melanggar syarat2 pekerjaan yg tlh ditetapkan oleh syarikat.

Saya rasa, isu ini juga ada kaitan dengan kes tersebut. Minta diaorang cek benda tu.

Satu lagi, saya setuju klu ia berkaitan juga dgn politik. Yelah, Rozali dan Puncak kan tengah diserang bertubi2 oleh Khalid dan Selangor. So, mcm2 taktik kotor yg boleh dimainkan.

Ingat tak masa demo isu air hari tu, Khalid tuduh Puncak telah keluarkan arahan bertulis meminta semua pekerjanya turun berdemo dan menyertai GAPS.

Malangnya, itu adalah fitnah yg dimainkan oleh mereka.

Zubair said...

terima kasih kepada saudara wak dan nanimanutd kerana sudi singgah di blog saya ini dan meninggalkan sedikit comment.

Segala pendapat dan comment sangat lah saya alu-alukan untuk kita sama-sama berkongsi sesuatu isu itu supaya boleh difahami dengan lebih jelas dan nyata.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...