KLANG: Seorang bayi lelaki ditemui seorang pengawal keselamatan di bangunan utama berhampiran tandas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, di sini, kira-kira jam 4 pagi semalam.
Bayi yang ditemui dalam keadaan berbalut dengan tuala dan kain batik lusuh itu dianggarkan berusia antara satu hingga dua bulan. Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata: “Kita belum pasti keturunan bayi berkenaan berikutan tiada sebarang nota atau dokumen pengenalan ditemui padanya, tetapi kita syak ia mungkin milik pasangan warga asing. “Bayi berkenaan berkulit cerah. Kita sudah menyerahkannya kepada pengurusan hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya semalam.
Mohamad berkata, ketika ditemui, bayi seberat 3.85 kilogram itu dalam keadaan stabil dan tidak mempunyai sebarang kecederaan, malah tali pusatnya juga sudah sembuh sepenuhnya. Menurutnya, laporan polis dibuat pengawal keselamatan berkenaan di pondok polis di HTAR.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BayilelakiditinggaldekattandasHTAR/Article/index_html
No comments:
Post a Comment