Wednesday, December 15, 2010

Guru KAFA Pulau Pinang pula dapat RM100 lagi

Guru KAFA Pulau Pinang pula dapat RM100 lagi
Dis 14, 10 11:52am

Semua 1,376 guru kelas agama fardhu ain (KAFA) di Pulau Pinang akan menikmati pembayaran khas RM100 sempena Maal Hijrah bermula minggu ini.

azlanSelain bayaran khas kepada guru KAFA itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini juga mengumumkan 7,812 anggota perkhidmtan awam Pulau Pinang akan mendapat bayaran bantuan khas sekolah sebanyak RM800.

“Penerimaan RM800 oleh anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang adalah melebihi RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan.

“Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun ini,” kata Lim dalam satu kenyataan akbar.

“Inilah yang saya maksudkan dengan memperkayakan warga pentadbiran awam. Dan saya yakin kalau kita meningkatkan prestasi kerja kita, kita akan pastikan bahawa warga perkhidmatan kerajaan negeri Pulau Pinang akan sentiasa dapat lebih daripada apa yang anggota perkhidmatan awam persekutuan ataupun kerajaan negeri lain dapat perolehi,” katanya.

Dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri

NONEMenurut Lim, pembayaran berkenaan datangnya daripada sumber kerajaan negeri Pulau Pinang dan tidak satu sen pun datang daripada kerajaan pusat.

Pembayaran RM800 setiap orang itu, katanya melibatkan RM 6.25 juta, yang telahpun dibayar kepada pada 1 Disember 2010

“Penghargaan RM1,300 tahun ini kepada semua pekerja kerajaan negeri Pulau Pinang ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada komitmen penuh mereka dalam menjayakan agenda kerajaan negeri.

“Sumbangan yang diberikan ini melibatkan 20 jabatan negeri dan turut dipanjangkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP); Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP); Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC); Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP); Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang; Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang; Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPI); dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI),” katanya.

NONEKatanya lagi, bantuan khas itu juga diberikan kepada semua kakitangan awam, termasuk kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku jawatan utama dan gred khas.

“Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa pemberian RM500 diberikan kepada mereka yang memegang jawatan D54 ke bawah, tetapi negeri Pulau Pinang berikan semua. Tidak ada seorang pun dipinggirkan daripada mendapat insentif galakan ini,” katanya.

http://malaysiakini.com/news/150735

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...