Saturday, February 26, 2011

12 wanita maut lepas bersalin

JODHPUR, (India): Seramai 12 wanita maut sejurus selepas bersalin di sebuah hospital kerajaan di India dipercayai berpunca daripada pencemaran cecair titisan.

Tiga lagi wanita hamil yang menerima cecair intravenus di Hospital Umaid di bandar barat Jophur dimasukkan ke unit rawatan rapi. Kejadian kematian itu berlaku dalam tempoh 10 hari sejak 13 Februari lalu.


Penolong Superintendan polis Jodhpur, Jyoti Swaroop Sharma berkata, pihaknya sedang menyiasat pengilang dan pembekal cecair ubatan itu yang didakwa dicemari bakteria selepas diuji pihak hospital.

“Kami turut merampas 10,000 botol cecair berkenaan dari tiga lagi hospital kerajaan termasuk di Hospital Umaid,” kata Sharma. Hospital Umaid di wilayah Rajasthan itu turut dikecam tahun lalu selepas siasatan Persatuan Thalassaemia Marwar mendapati sejumlah kanak-kanak dijangkiti HIV dan hepatitis C selepas menjalni pemindahan darah yang sudah tercemar.

Lebih ramai wanita iaitu kira-kira 100,000 maut ketika hamil dan bersalin di India berbanding di negara lain di dunia setiap tahun mengikut Organisasi Kesihatan Dunia. - AFP


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/12wanitamautlepasbersalin/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...