Saturday, February 26, 2011

AS, Eropah rancang beku aset Gaddafi

WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Eropah akan menimbang kemungkinan membekukan aset pemerintah Libya, Muammar Gaddafi ketika rejimnya bertindak kejam mematahkan tunjuk perasaan di Tripoli.

Jurucakap Jabatan Negara, PJ Crowley berkata sebelum ini, tindakan itu mungkin antara langkah yang akan diambil terhadap Gaddafi dan pegawai kanannya.


Sementara itu, kerajaan Switzerland mengeluarkan kenyataan dengan berkata, ia sudah membekukan semua aset Gaddafi.

“Merujuk kepada perkembangan di Libya, Majlis Persekutuan memutuskan untuk membekukan serta-merta aset Gaddafi di Switzerland,” menurut kenyataan Kementerian Luar Switzerland.


Kementerian Luar Libya mengecam tindakan itu dengan berkata, Gaddafi tidak mempunyai sebarang akaun bank atau dana di negara Eropah berkenaan dan berikrar untuk menyaman kerajaan Switzerland. - Agensi


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AS_EropahrancangbekuasetGaddafi/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...