Saturday, February 26, 2011

Kami akan mati di Libya: Saif

BEBERAPA kanak-kanak Libya menunjukkan tanda kejayaan ketika mereka berdiri di atas atas sebuah kereta perisai yang musnah di pangkalan tentera Al-Katiba  di Benghazi semalam. Benghazi jatuh ke tangan pemberontak beberapa hari lalu.
BEBERAPA kanak-kanak Libya menunjukkan tanda kejayaan ketika mereka berdiri di atas atas sebuah kereta perisai yang musnah di pangkalan tentera Al-Katiba di Benghazi semalam. Benghazi jatuh ke tangan pemberontak beberapa hari lalu.

ANKARA: Anak Muammar Gaddafi semalam berkata keluarganya akan tetap tinggal dan mati di Libya dan tidak akan membenarkan ‘sekumpulan kecil pengganas’ untuk mengambil alih kuasa negara itu.

Dalam wawancara yang disiarkan oleh televisyen Turki semalam, Saif al-Islam ditanya sama ada keluarganya mempunyai ‘pelan B’ dalam menghadapi kekacauan yang semakin meruncing di Libya dan merancang meninggalkan negara itu.

“Kami mempuntyai Pelan A, Pelan B dan Pelan C. Pelan A ialah menetap dan mati di Libya. Pelan B ialah menetap dan mati di Libya. Pelan C ialah menetap dan mati di Libya,” katanya sambil menunjukkan ke arah peta negara itu.

Wawancara itu dikendalikan oleh peneraju rancangan berita CNN Turkey, Cuneyt Ozdemir.

Cuneyt tiba di Tripoli dengan jet peribadi milik seorang ahli perniagaan Turki yang mempunyai banyak konrak binaan di Libya.

Saif berkata, keadaan di Libya berbeza dengan di Mesir dan Tunisia.

Menurutnya, dalam kes yang membabitkan Libya, kekacauan diketuai oleh kumpulan pengganas.

Beliau menyangkal dakwaan kononnya berlaku serangan tembak curi atau serangan udara terhadap penunjuk perasaan di negaranya dan menegaskan, kawasan yang dibedil pesawat tentera udara Libya ialah ‘depoh peluru pengganas.’

“Laporan itu tidak benar. Kami tidak memerangi rakyat kami sendiri. Kami memerangi kumpulan pengganas,” katanya.

Beliau juga menafikan laporan kononnya bapanya akan membakar lapangan minyak Libya.

“Tidak!” katanya.

Menurutnya, seramai 242 orang terbunuh sejak kekacauan bermula dan ia membabitkan orang awam dan juga anggota tentera.

Bagaimanapun, Menteri Luar Itali, Franco Frattini berkata sebelum ini, laporan bahawa kira-kira 1,000 orang terbunuh boleh dipercayai.


Saif turut berkata, kebanyakan kawasan di negara itu kini tenang dan ia di bawah penguasaan kerajaan kecuali bandar Zawiya dan Misrata yang dikuasai kumpulan ‘pengganas.’

Beliau mendakwa kumpulan berkenaan mengisytiharkan bandar seperti Beyda dan Derne sebagai ‘Emiriah Islam.’ - AFP


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KamiakanmatidiLibya_Saif/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...