Saturday, February 26, 2011

TPM arah polis bertegas dengan perarakan Hindraf

TPM arah polis bertegas dengan perarakan Hindraf
Feb 24, 11 6:19pm

Polis diminta mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang mendakwa sebagai Hindu Rights Action Force (Hindraf), yang merancang perarakan raksasa di ibu negara, Ahad ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

muhyiddin pc 200910 02Katanya Hindraf adalah satu badan yang telah diharamkkan oleh kerajaan dan kerana itu nama Hindraf tidak wajar diperjuangkan oleh mana-mana pihak.

"Mereka (pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan itu) tahu mereka perlu mendapatkan kelulusan dan permit daripada pihak berkuasa seperti polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Matrikulasi Bersama-sama Masyarakat peringkat kebangsaan di Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rancangan kumpulan Hindraf, sebuah pertubuhan yang telah diharamkan kerajaan, untuk mengadakan perarakan raksasa dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga ke Jalan Dang Wangi di Kuala Lumpur, Ahad ini.

Muhyiddin berkata terserahlah kepada polis mengenai bentuk tindakan yang akan diambil tetapi sebarang aktiviti seperti perhimpunan oleh kumpulan yang diharamkan perlu dikenakan tindakan tegas.

human rights party hindraf hrp convoy 2"Kalau mereka bertindak di luar batas undang-undang dan tidak ikut peraturan, seperti mengadakan perhimpunan, itu juga satu kesalahan. Sesiapa menggepalai tindakan haram ini perlu diambil tindakan tegas," katanya.

Katanya jika ada usaha-usaha untuk menghidupkan semula badan-badan yang telah diharamkan, perkara itu perlu dipandang serius.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/156964

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...