JASIN, 14 Feb: Pelbagai pihak menyifatkan cabaran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencabar pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) berdebat dengan cara berceramah bersebelahan sebagai kebudak-budakan dan tidak matang.
Akhbar semalam melaporkan, Mohd Ali (gambar) berkata beliau boleh menjawab apa yang diperkatakan oleh penceramah PAS secara terus dengan berceramah di sebelah ceramah PAS.
Timbalan Ketua Penerangan PAS negeri, Yusof Wahab berkata Ali Rustam tidak faham maksud debat sebenar.
"Cadangan beliau untuk berdebat secara bersebelahan adalah cadangan yang menggelikan dan kebudak-budakan.
"Itu bukan debat, itu melolong dari jauh yang menyebabkan pendengar dari kedua-dua pihak tidak akan mendengar apa yang diperkatakan oleh pendebat," ujarnya.
Menurutnya, Pengerusi Perhubungan Umno Melaka itu sebenarnya takut untuk berdebat secara profesional kerana tidak mampu berhujah dan tidak ada fakta yang boleh menjawab apa yang diperatakan oleh pimpinan PR.
Ahli Jawatankuasa Keselematan Jentera Pilihanraya Dun Merlimau, Johar Dawi secara sinis pula mencadangkan jika Ali Rustam takut untuk berdebat dengan pimpinan PAS lebih baik diam.
"Kalau takut untuk berdebat beliau sepatutnya berdiam diri dan tidak membuat cadangan yang menyebabkan rakyat tergelak kerana komedi yang dibuat oleh beliau.
"Inikah 'standard' seorang Ketua Menteri yang memerintah sebuah negeri yang dikatakan maju, otak dan minda dia sendiripun belum maju," ujar Jauhar dengan sinis.
Petugas Pejabat Penerangan PAS Dun Merlimau, Irwan Aziz pula berkata setahunya PAS Melaka sudah lama menyahut cabaran Ali namun sehingga kini tidak bersedia untuk berdebat dengan PAS secara profesional.
Katanya, cabaran Ali Rustam sudah lama disahut oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani tetapi sering berdolak dalik dan memberikan alasan.
“Tindakan beliau yang mencadangkan debat dilaksanakan secara bersebelahan amat menggelikan hati dan membuktikan beliau tidak berani berdebat secara berdepan.
“Mana ada orang berdebat dari jauh atau bersebelahan, di Amerika dan lain-lain Negara maju pimpinan mereka berdebat di atas pentas yang sama, rakyat dan wakil media bertanya secara spontan dan kedua-dua pendebat menjawabnya,” ujarnya.
Menurutnya, tindakan Ali Rustam yang mencadangkan debat dilaksanakan secara berselahan merupakan debat cara orang penakut dan tidak berani berdepan.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30847:berdebat-cara-ali-rustam-macam-budak-budak&catid=1:utama&Itemid=50
No comments:
Post a Comment