

TV  Selangor memetik beliau berkata walaupun Malaysia jauh makmur berbanding  Mesir, namun, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain  seperti kebebasan bersuara yang terhakis."Dari segi kemiskinan kita tak sama, Mesir ada 42 peratus rakyat di bawah taraf kemiskinan. Dari segi faktor yang menyumbang ruang seperti Internet, mungkin Malaysia lebih.
“Tapi ketidakpuasan hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya.
Justeru Asri berkata, mana-mana kerajaan termasuk di  Malaysia terdedah kepada menghadapi kuasa rakyat di jalanan jika terlampau  mengekang dan menindas penduduk khususnya bersabit hak asasi mereka.  Kuku besi
Asri berkata Mesir menjadi  contoh bagaimana sebuah kerajaan kuku besi dijatuhkan semata-mata menerusi  penduduk yang tidak menggunakan kekerasan, mereka hanya berbekal tekad dan  iltizam untuk mengubah nasib mereka.
"Kalau  ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak  mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir  beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan  dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa  senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka,"  katanya.
Asri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda  tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam  kes Mesir.
"Bermula dari mereka dididik untuk meluahkan perasaan di  facebook, di blog mereka, mereka luahkan di jalan raya. Tak perlu nak rosakkan  harta awam, tetapi mereka turun demi kepentingan rakyat beramai-ramai. Tentera  dilatih hadapi orang bersenjata tapi dilatih hadapi rakyat tak bersenjata. Jadi  mereka terpinga-pinga di hadapan kuasa rakyat yang tak bersenjata," kata  Asri.
Lewat  malam Jumaat lalu, kerajaan Mubarak tumbang apabila melancarkan tunjuk perasaan  dan demonstrasi jalanan berterusan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran  presiden itu yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat  .
Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter,  sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang  merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menyaksikan Mubarak akhirnya tunduk  dan meletakkan jawatan.
http://malaysiakini.com/news/155934
No comments:
Post a Comment