Monday, February 14, 2011

Graduan jurusan pelancongan menganggur

JEDDAH: Dengan kadar pengangguran yang semakin membimbangkan di Arab Saudi, 44 graduan kumpulan pertama kursus baru pengurusan pelancongan di Universiti Raja Saud di Riyadh gagal memperoleh pekerjaan. Graduan berkenaan mendakwa mereka dijanjikan pekerjaan oleh Suruhanjaya Pelancongan dan Sejarah Purba Saudi (SCTA).

“Lebih separuh daripada kami enggan mengambil bidang pelancongan. Bagaimanapun, kami diberitahu pasaran di negara ini memerlukan pakar dalam bidang itu dan kami turut diberi jaminan akan memperoleh pekerjaan. Namun, apabila sudah menyelesaikan empat tahun pengajian akhirnya kami menganggur di rumah,” kata graduan dari Tabuk, Al-Mutair, 23.


“Sekiranya saya tahu tiada pekerjaan yang menanti, saya tidak akan berpindah ke Riyadh tetapi sebaliknya tinggal di rumah saja selepas sekolah tinggi,” tambahnya sambil memberitahu dia masih bergantung kepada bapanya dan berikutan belum mendapat pekerjaan maka peluang untuk berkahwin atau membeli kediaman nampak tipis.

“Saya menghubungi pejabat SCTA di Tabuk dan mereka memberitahu tiada kekosongan jawatan buat masa ini untuk saya. Ia memang mengarut kerana Tabuk mempunyai banyak destinasi pelancongan,” katanya lagi.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Graduanjurusanpelanconganmenganggur/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...