

Menurut  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sejak kempen ini  diperkenalkan oleh kerajaan negeri, ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan  daripada pelbagai pihak."Saya berasa amat gembira apabila diberitahu sambutan anti zina kedua yang diadakan pada malam sambutan tahun baru yang sama, amat menggalakkan, telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 5,000 sukarelawan," katanya.
Menurut beliau lagi, kempen seperti ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu beragama Islam dan bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.
"Kempen  anti zina ini bukanlah untuk mengganggu masyarakat bukan Islam tetapi adalah  tanda amaran kepada umat Islam, dan ini bukan dianggap sebagai serbuan tetapi  peringatan kepada orang Islam dan menjadi tanggungjawab mereka dalam  mencegahnya," katanya.   Simbolik 
Beliau yang bercakap ketika  merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Anti Zina Siri 3 yang diadakan di Dataran  Shah Alam sebagai simbolik pelancaran ini Menteri Besar telah melepaskan  sekumpulan konvoi yang disertai oleh 80 buah kereta dan 30 buah motosikal  berkuasa tinggi.
Kumpulan yang dianggarkan kira-kira 500 orang ini akan  berpusing seluruh Shah Alam sebagai "tanda amaran" untuk memberitahu orang awam  bahawa kempen ini telah bermula sambil membunyikan hon.
Kempen  siri kali ketiga ini mempunyai 3 fasa, iaitu fasa pertama adalah majlis  pelancaran oleh Menteri Besar, manakala fasa kedua pula akan bermula pada jam 8  malam hingga 2 pagi, melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada NGO yang  diketuai oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor akan mengedarkan  risalah mengenai bahaya zina kepada masyarakat.
Antara NGO yang  terlibat adalah Briged Amal, Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Perkim (Selangor),  Bakewanis dan lain-lain lagi.
Fasa ketiga bermula jam 2 pagi hingga 6  pagi, di mana akan menggempur beberapa lokasi dan premis yang telah dikenalpasti  untuk diperiksa, kempen ini melibatkan semua jabatan dan agensi kerajaan,  antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan  (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain jabatan yang berkaitan dalam  penguatkuasaan.
Kempen  Anti Zina merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Program Generasi  Idaman Selangor (GeMS) yang merupakan satu program khusus yang diwujudkan di  bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal  Insan.
Khalid berkata kerajaan negeri sentiasa komited dalam menangani  isu gejala sosial di Selangor apabila kempen seumpama ini dijalankan secara  berterusan dari semasa ke semasa bagi mewujudkan persekitaran yang aman dan  tenteram. 
http://malaysiakini.com/news/155935
No comments:
Post a Comment