Monday, February 14, 2011

Perang samseng

Perang samseng

Oleh Rosyahaida Abdullah
am@hmetro.com.my

RENTUNG...kereta dipercayai dipandu ahli kumpulan yang ditemui hangus.
RENTUNG...kereta dipercayai dipandu ahli kumpulan yang ditemui hangus.

KLANG: Lima daripada kira-kira 20 lelaki cedera parah di seluruh badan dan kepala selepas terbabit dalam satu pergaduhan berhampiran deretan kedai di Jalan Datok Manan, Kapar di sini, awal pagi semalam.

Pergaduhan pada kira-kira jam 6 pagi itu dipercayai membabitkan dua kumpulan bersenjatakan parang, batang besi dan senjata api.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Shukor Sulong berkata, polis menerima panggilan telefon daripada orang ramai pada awal pagi memaklumkan kejadian sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati beberapa senjata di tempat kejadian seperti batang besi dan parang, selain dua kereta yang dipercayai dipandu ahli kumpulan hangus terbakar.

Bagaimanapun, tiada senjata api seperti pistol ditemui.

“Daripada lima yang cedera, seorang daripadanya dipercayai terkena sedas tembakan dan kami percaya ada penggunaan senjata api dalam pergaduhan ini.

“Seramai tujuh lelaki berusia antara 20 hingga 35 tahun termasuk lima yang dirawat sudah diberkas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, berikutan kejadian itu, polis terpaksa menutup laluan sejauh 150 meter bagi forensik menjalankan pemeriksaan lanjut.

Mohd Shukor berkata, polis sudah menubuhkan pasukan khas bagi memburu saki-baki anggota kumpulan itu.

http://www.hmetro.com.my/articles/Perangsamseng/Article

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...