Monday, February 14, 2011

Menteri Britain usul tindakan antarabangsa jejak aset Hosni

LONDON: Seorang menteri Britain semalam berkata, perlu ada tindakan di peringkat antarabangsa bagi menguruskan aset Hosni Mubarak di luar negara.

Setiausaha Bisnes, Inovasi dan Kemahiran Britain, Vince Cable, berkata pelbagai pihak perlu bekerjasama bagi mengesan aset Hosni yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di seluruh dunia.


“Tiada guna jika tindakan dibuat bersendirian,” katanya.

Semalam, akhbar Sunday Times melaporkan, Pejabat Penipuan Serius (SFO) Britain yang mengendalikan kes kewangan, melancarkan gerakan mengesan aset berkaitan Hosni.


Setakat ini, hanya Switzerland mengumumkan pembekuan semua aset diktator Mesir itu selepas dia digulingkan Jumaat lalu.


Kata Cable, dia tidak pasti berapa banyak aset Hosni di Britain.

“Tetapi adalah jelas bahawa ada keperluan tindakan konkrit dilakukan di peringkat antarabangsa.


“Britain boleh membekukan aset Hosni jika diminta Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Mesir,” katanya. - Reuters

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MenteriBritainusultindakanantarabangsajejakasetHosni/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...