Monday, February 14, 2011

Penunjuk perasaan gesa Berlusconi letak jawatan

ROM: Beratus-ratus penunjuk perasaan mengetuk periuk dan kuali di Rom dan Milan menuntut Perdana Menteri Silvio Berlusconi supaya meletakkan jawatan.

Perhimpunan itu dilakukan sehari sebelum beribu-ribu wanita dijangka muncul di 200 bandar raya di Itali semalam untuk mengecam tindakan Berlusconi yang didakwa merendahkan martabat wanita.

Penunjuk perasaan mengetuk tudung periuk dan kuali termasuk yang mempunyai imej Berlusconi dalam penjara.

Pihak pendakwa raya mahu membicarakan Berlusconi yang dituduh membayar untuk khidmat seks daripada gadis warga Maghribi berusia 17 tahun. Membayar khidmat seks dengan gadis bawah umur adalah satu jenayah di Itali. Bagaimanapun, Berlusconi dan remaja itu menafikan tuduhan berkenaan. - AP

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PenunjukperasaangesaBerlusconiletakjawatan/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...