Saturday, March 5, 2011

Gugur imuniti: Kejayaan penting penduduk Kg Baru

Gugur imuniti: Kejayaan penting penduduk Kg Baru
Mac 4, 11 1:15pm

Pemuda PAS Titiwangsa (DPPKT) mengucapkan tahniah kepada Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru, pejabat pusat khidmat wakil rakyat Titiwangsa (PKWR) serta semua pejuang hak pemilik Kampung Baru kerana berjaya mendesak kerajaan menggugurkan klausa imuniti “tidak boleh dicabar” yang terkandung dalam Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010.

"DPPKT menganggap kejayaan ini penting sebagai pemangkin kepada pewaris serta pemilik asal Kampung Baru dalam perjuangan menuntut hak mereka yang jauh lebih besar selepas ini," katanya ketuanya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan.

lot 25, pasar minggu kampung baruBeliau berkata, pihaknya percaya, desakan banyak pihak, khususnya MAS serta ahli parlimen Titiwangsa, menyebabkan kerajaan terpaksa akur dengan tuntutan tersebut.

"DPPKT sendiri tidak boleh menerima istilah atau klausa ini digunapakai kerana ia akan menyebabkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru akan menjadi kebal daripada mana-mana tindakan undang-undang dan sekaligus menafikan hak MAS yang telah mentadbir kampung tersebut berdekad lamanya.

"Dengan pengguguran klausa ini, akhirnya kerajaan baru sedar bahawa segala tindakan mereka sebelum ini adalah tindakan tergesa-gesa yang membelakangkan kehendak dan tuntutan pewaris serta pemilik tanah Kampung Baru.

"DPPKT hairan mengapa kerajaan tidak berfikir dan berbincang dahulu sebelum sesuatu tindakan dibuat. Hari ini, setelah didesak, barulah kerajaan mengambil tindakan.

"Jelaslah bahawa apa yang diperjuangkan rakyat khususnya MAS, PKWR dan seluruh pemilik Kampung Baru selama ini adalah perjuangan yang benar dan realiti, bukan didasarkan kepada sentimen dan emosi semata-mata," tegasnya.

Sehubungan itu, katanya,DPPKT mengharapkan MAS serta Ahli Parlimen Titiwangsa akan terus komited memperjuangkan hak pemilik Kampung Baru.

"Kampung baru akan menjadi mercutanda sejauhmana kerajaan Umno-BN benar-benar memperjuangkan nasib bangsa Melayu, serta mendahulukan rakyat seperti slogan yang didendangkan selama ini," tambahnya.


http://malaysiakini.com/news/157682

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...