Saturday, March 5, 2011

Lemas dalam longkang

Lemas dalam longkang

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

PILU...isteri mangsa (kiri) tidak dapat menahan rasa sebak.
PILU...isteri mangsa (kiri) tidak dapat menahan rasa sebak.

GOMBAK: Seorang lans koperal dari Unit Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur lemas selepas motosikal ditungganginya merempuh tembok sebelum terhumban ke dalam longkang di jalan 26, Desa Jaya, Kepong di sini awal pagi semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, K Devaraju Naidu, 29, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Ehsan, di sini.


Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Selangor, Deputi Superintendan Ismail Ibrahim berkata, motosikal mangsa dipercayai terbabas lalu bergesel dengan pembahagi jalan sebelum terjatuh ke dalam longkang sedalam 2x2 meter yang dipenuhi air akibat hujan lebat. “Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 7.30 pagi kira-kira 200 meter dari tempat kejadian akibat dihanyutkan arus longkang,” katanya.

Beliau berkata, polis tidak menemui apa-apa kesan kecederaan ke atas mayat mangsa kecuali pada kanan bibirnya.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan terperinci sedang dijalankan,” katanya.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Sementara itu, bapa saudara mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Sega, 40-an mahu polis menyiasat kes itu dengan teliti kerana merasakan ada sesuatu tidak kena apabila motosikal dinaiki mangsa tidak rosak sedangkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.


Beliau yang masih terkejut dengan kejadian itu yakin bahawa kemalangan berkenaan mempunyai unsur tidak baik kerana mangsa turut terbabit dengan penyiasatan kes kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Katanya, mangsa tiada musuh tetapi terbabit dengan penyiasatan kes itu dan dibimbangi mempunyai kaitan dengan kejadian itu.


http://www.hmetro.com.my/articles/Lemasdalamlongkang/Article

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...