Pelancong panik
GEORGETOWN: “Saya menyedari berlaku gegaran sejurus melihat meja dalam bilik hotel saya tiba-tiba bergoyang menyebabkan saya lari keluar dari hotel tanpa berfikir panjang,” kata pelancong asing, Elizabeth Harding, 24, dari Australia ketika ditemui, semalam.
Elizabeth yang menginap di sebuah hotel di bandar ini berasa panik selepas berasa gegaran itu dan bimbang mengenai keselamatan.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20091001082956/Article/index_html
Ramai terkejut
Tinjauan mendapati gegaran yang dirasai kira-kira jam 6.30 petang itu menyebabkan kakitangan yang bertugas di bangunan tinggi bergegas turun bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Bergegas turun
JOHOR BAHRU: “Akibat panik saya bergegas turun dari tingkat 18 menggunakan tangga manakala rakan saya sempat memasuki lif. Saya sangka kami berdua saja lari akibat gegaran itu tetapi apabila sampai di bawah, ramai penghuni lain sudah berkumpul,” kata pekerja swasta, William Vijay Anand, 29, semalam.
Gegaran kesan gempa bumi di Sumatera semalam, menyebabkan ramai penghuni bangunan tinggi di sekitar bandar raya ini bergegas turun ke bawah menyelamatkan diri bagi mengelak risiko tidak diingini.
Vijay yang tinggal di tingkat 18 di Aparment Sri Impian, Larkin Perdana di sini, berkata ketika kejadian kira-kira jam 6.30 petang semalam, dia sedang berbaring kerana kurang sihat apabila dikejutkan rakan serumahnya, Murphy Ibrahim, memberitahu mengenai gegaran itu.
Apabila merasai gegaran serta terhoyong-hayang, dia segera mencapai beg bergegas meninggalkan kediaman.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20091001083035/Article/index_html
Wanita hamil terperangkap sejam
PUTRAJAYA: Seorang wanita yang hamil lima bulan menempuhi detik mencemaskan hampir satu jam apabila terperangkap di ruang antara jeriji besi dan pintu utama rumahnya di tingkat 16, di Blok B, Sub Presint 14-12, Presint 14, di sini, malam tadi.
Ketika kejadian, dia cuba menyelamatkan diri berikutan pangsapuri didudukinya bergegar akibat gempa bumi di selatan Sumatera, Indonesia pada jam 6.16 petang semalam.
Mangsa, Norma Ali, 25 yang mengandung anak sulung berkata, apabila mendapati rumahnya bergegar, dia membuka pintu dan menjenguk jiran sebelah rumah untuk mengetahui apa yang berlaku.
“Apabila mendapati semua jiran sudah turun, saya mengambil keputusan turun dan sempat mencapai dompet serta telefon bimbit, bagaimanapun saya terlupa mengambil kunci rumah.
Panik dengan kejadian itu, beliau menghubungi suaminya, Mohd Firdaus Abd Malik, 26, yang ketika itu sedang bertugas di Petaling Jaya, Selangor supaya pulang untuk membuka pintu utama.
Namun, Mohd Firdaus yang risau dengan keadaan isterinya memaklumkan kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).
No comments:
Post a Comment