Saturday, October 3, 2009

Ifa Radziah dapat ganti rugi RM50,000

KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut dan pelakon, Ifa Radziah berjaya dalam tuntutan ganti rugi RM50,000 terhadap Sain Group Corporation Sdn Bhd yang didakwa menggunakan gambarnya tanpa kebenaran bagi mempromosi produk syarikat berkenaan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Jagjit Singh dalam keputusannya berkata, Ifa Radziah (plaintif) berjaya membuktikan bahawa akibat perbuatan Sain Group Corporation (defendan) dia mengalami kerugian manakala defendan mengalami pertambahan pendapatan.

Jagjit berkata, beliau menerima keterangan plaintif sebagai keterangan yang benar dan tidak ada sebab untuk berbohong dan menolak keterangan defendan kerana ia meragukan.

“Dengan imbangan kebarangkalian yang munasabah saya dapati penyiaran iklan itu dalam pengetahuan defendan sepenuhnya. Saya juga menerima keterangan plaintif bahawa dia mengalami kerugian produknya sendiri.

“Saya juga setuju dengan keterangan plaintif bahawa dia artis popular dan jika tidak kenapa gambar dia digunakan defendan untuk promosi dan iklan produk,”katanya.

Ifa Radziah atau Saripah Raziah Mustapha menuntut ganti rugi reputasi, faedah dan kos daripada plaintif yang mengeluarkan fitnah melalui artikel disiarkan dalam akhbar tabloid mingguan pada 29 Jun 2008.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...