PADANG, Sumatera - Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan-bangunan di sini semalam selepas ribuan orang dikhuatiri terbunuh dalam gempa bumi kuat yang melanda Pulau Sumatera di Indonesia.
Gempa berukuran 7.6 pada skala Richter itu melanda bandar Padang yang mempunyai jumlah penduduk sebanyak 900,000 orang kelmarin dengan menyebabkan beratus-ratus bangunan termasuk 500 rumah runtuh manakala bekalan elektrik dan talian telefon terputus.
Keadaan di sini porak-peranda dengan mayat bergelimpangan manakala kebakaran berlaku di merata-rata tempat.
"Sebelum ini saya telah melalui beberapa gempa bumi tetapi ini yang paling dahsyat.
"Kesan darah dapat dilihat di merata-rata tempat, mangsa-mangsa pula kehilangan anggota badan. Kami melihat bangunan-bangunan runtuh, ramai orang nazak," kata seorang warga Amerika Syarikat, Greg Hunt, 38, di lapangan terbang di sini semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
No comments:
Post a Comment