Saturday, October 3, 2009

Negara-negara Arab perangi selesema babi

KAHERAH - Negara-negara Arab menggandakan usaha bagi memerangi selesema babi berikutan kebimbangan bahawa musim haji tahun ini akan meningkatkan risiko penularan penyakit itu.

Kira-kira dua juta rakyat asing tidak termasuk ramai warga tempatan dijangka mengunjungi Mekah dan Madinah pada musim haji kali ini yang bermula November ini.

Kebanjiran penduduk dunia bagi mengerjakan haji dan umrah itu dibimbangi menyediakan keadaan kondusif untuk virus influenza A H1N1 merebak.

Pada Julai lepas, menteri-menteri kesihatan di rantau Arab mencadangkan untuk mengharamkan bakal jemaah yang berusia 65 tahun dan di bawah 12 tahun berkunjung ke Mekah.

Larangan tersebut yang mendapat sokongan majoriti negara-negara Arab, turut melibatkan ibu mengandung dan mereka yang menghidap penyakit kronik.

Namun, kerajaan Arab Saudi cuba meredakan kebimbangan itu dengan menyatakan cuma terdapat 26 kes selesema babi di negara itu sepanjang Ramadan lepas tanpa sebarang kematian walaupun Mekah dan Madinah dibanjiri berjuta-juta rakyat tempatan dan asing. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...