Thursday, December 30, 2010

Surat anak derhaka

Surat anak derhaka

Oleh Mary Victoria Dass

BUKTI...surat didakwa dihantar Maria memberikan alasan kewajaran tindakannya terhadap keluarga.
BUKTI...surat didakwa dihantar Maria memberikan alasan kewajaran tindakannya terhadap keluarga.

JOHOR BAHRU: Wanita bekas banduan yang tergamak memperdaya bapa kandung dan ibu tirinya hingga mengakibatkan rumah pasangan warga emas itu bakal dilelong selain barangan kemas turut tergadai berkata, tindakannya itu wajar selepas mendakwa kurang kasih sayang sejak kecil lagi.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Maria, 37, juga mendakwa kekurangan didikan agama sempurna menyebabkan dia terbabit dalam pelbagai perbuatan negatif termasuk penipuan selain melahirkan anak luar nikah.


Perkara itu diluahkan Maria, ibu kepada tiga cahaya mata, menerusi surat yang dipos ke kediaman keluarganya di Taman Universiti di sini, dua minggu lalu.

Ibu tiri bekas banduan itu, Zahrah Mohamad, 68, berkata, Maria juga sanggup memburuk-burukkan namanya dalam surat itu.


“Lebih pelik, dalam surat itu, Maria pada awalnya meminta maaf dan berharap dia tidak dianggap sebagai anak derhaka, sejak berkahwin dengan suami ketika Maria berusia lapan tahun, saya tidak pernah menganggapnya sebagai orang asing, sebaliknya menjaganya dengan penuh kasih sayang.


“Surat dihantar Maria juga menjadi bukti penipuan dilakukannya apabila dia mengaku mengakibatkan kediaman keluarga dilelong selain pernah menggadai barang kemas ahli keluarga,” katanya, semalam.

Menurutnya, jika benar dia keras hati dan pernah menyisihkan Maria ketika kecil, tidak mungkin dia sanggup menyerahkan barangan kemas dibeli hasil titik peluhnya ketika bekerja sebagai operator pengeluaran kilang.


Zahrah dan suami, Abdul Aziz Ibrahim, 74, turut berharap Maria menyerah diri kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Roslan Hassan berkata, kes itu disiasat sebagai jenayah perdagangan biarpun membabitkan penipuan kewangan membabitkan ahli keluarga.


“Kami turut berusaha mengesan anak perempuan warga emas itu berdasarkan beberapa maklumat diperoleh,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Suratanakderhaka/Article

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...