Thursday, December 30, 2010

Tiga perlu bantuan

GEORGETOWN: Tiga kanak-kanak masing-masing berusia sebelas hari, dua tahun dan tiga tahun menghidap jantung berlubang merayu orang ramai menghulurkan bantuan kewangan bagi menampung kos pembedahan di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC).

Arman Adasya Abdul Manan, 11 hari, memerlukan bantuan kewangan kira-kira RM45,000 untuk menjalani pembedahan segera membetulkan saluran arteri yang mengalami masalah hingga sukar bernafas.


Bapanya, Abdul Manan Abd Rahman, 29, seorang pesawah di Bagan Serai, Perak hanya memperoleh pendapatan RM1,500 sebulan manakala isterinya, Nurul Asma Ramli, 26, suri rumah.

Menurutnya, selain Arman Adasya, dia mempunyai dua lagi anak berusia tiga dan enam tahun dan anaknya agak kritikal dengan pembedahan perlu dilakukan segera.


Selain itu, Thamarai Chelvi Thiagu, dua tahun juga menghidap penyakit buah pinggang apabila beberapa saluran uruteric memerlukan pembedahan menelan kos RM15,000.


Bapanya, Thiagu Manoharan, 26, bekerja sendiri memperoleh pendapatan RM1,200 sebulan manakala isterinya, Sathi Sila Singaperumal, 24, suri rumah.

Seorang lagi kanak-kanak, Hafiz Ikhwan Redzuan, tiga tahun memerlukan bantuan kewangan RM35,000 untuk menjalani pembedahan segera membetulkan saluran anomalous pulmonary.


Bapanya, Redzuan Ismail, 32, seorang tukang paip tidak mampu menyediakan kos pembedahan tinggi kerana hanya memperoleh pendapatan RM500 sebulan manakala isterinya, Norfazilah Zaid, 26, suri rumah.

Orang ramai yang mahu menderma boleh menghantar cek atau wang pos kepada Bahagian Kewangan/Tabung Kebajikan NSTP, The New Straits Times Press (M) Berhad, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama kanak-kanak berkenaan di belakang cek.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tigaperlubantuan/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...