Thursday, August 11, 2011

Isu PR: KDN diberi masa 7 hari

Hazayani Zakaria

PUTRAJAYA, 11 Ogos: Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi masa tujuh hari kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat penjelasan berhubung isu penduduk tetap (PR) menjadi warganegara dan didaftarkan sebagai pemilih.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan berkata, sekiranya KDN gagal berbuat demikian, pihaknya akan membawa perkara tersebut terus kepada Perdana Menteri.

Jabatan Pilihan Raya DPPM hari ini menyerahkan memorandum kepada KDN menggesa siasatan dilakukan ke atas pendedahan dan laporan media berhubung isu ini.

Beliau menegaskan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga gagal memberikan penjelasan, DPPM akan mengadakan perhimpunan aman ke Istana Negara meminta Yang Dipertuan Agong campur tangan.

Beliau berkata demikian selepas selesai menyerahkan memorandum kepada pegawai KDN, Mohd Faliq Mustafa Kamal.

Turut bersama Setiausa DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Penerangan Suhaizan Kaiyat dan beberapa exco yang lain.

[Berita lanjut menyusul]


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4857-isu-pr-kdn-diberi-masa-7-hari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...