PAS: Selesaikan 'konspirasi' Mismah atau kami demo
Joseph Sipalan
Ogos 11, 11
7:02pm
Ogos 11, 11
7:02pm
Dewan Pemuda PAS hari ini menuntut Kementerian Dalam Negeri supaya bertanggungjawab ke atas 'konspirasi' Mismah atau tidak mereka akan meluahkan rasa tidak puas hati di jalanan.
Pengarah pilihan rayanya Mohd Sany Hamzan berkata kerajaan mesti menjelaskan kontroversi yang menyelubungi status Mismah - seorang penduduk tetap (PR) yang disenaraikan di daftar pemilih tetapi secara tiba-tiba diberikan taraf kewarganegaraan setelah perkara itu didedahkan oleh media.
“Kita beri Kementerian Dalam Negeri tujuh hari untuk menjawap. Jika mereka gagal jawab, kita akan bawa perkara ini kepada perdana menteri. Jika juga, tiada jawapan, kita akan anjurkan perhimpunan awam,” katanya selepas menyerahkan memorandum berhubung isu berkenaan kepada Kementerian Dalam Negeri.
Mohd Sany bagaimanapun tidak memberikan tempoh masa bila perhimpunan itu akan diadakan sekiranya kerajaan memilih untuk mendiamkan diri. Apabila didesak wartawan, beliau membayangkan ia mungkin diadakan selepas sambutan Aidilfitri.
Memorandum, yang dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengariskkan lima tuntutan dari PAS.

- Menjalankan siasatan terhadap isu ini secara menyeluruh,
- Mengambil tindakan tegas dan sewajarnya ke atas petualang yang mengkhianati negara,
- Memerangi gejala ini semaksimun mungkin dan tidak membiarkan ia berulang.
- Mendedahkan pelaku konspirasi agar menjadi pengajaran kepada golongan ingin ambil kesempatan,
- Memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa dipelihara dari ancaman sedemikian.
Memorandum diterima oleh pegawai khas Hishammuddin di tingkat bawah bangunan Kementerian dalam Negara.
http://malaysiakini.com/news/172724
No comments:
Post a Comment