Ogos 10, 11 6:35pm
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan dua yang lain untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Kuala Dimensi Sdn Bhd bahawa Ong telah menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi menteri.
Hakim Datuk John Louis O'hara membuat keputusan itu selepas mendapati saman yang difailkan oleh KDSB bukan bersifat remeh-temeh, menyusahkan dan ia bukan menyalahgunakan proses mahkamah.
"Kes berkenaan perlu dibicarakan sepenuhnya kerana ada beberapa perkara yang boleh dibuktikan oleh KDSB," katanya.
Hakim O'hara turut memerintahkan setiap defendan membayar RM5,000 dengan kos kepada KDSB dan menetapkan 16 Ogos ini untuk pengurusan kes berkenaan di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pada 20 Ogos 2009, KDSB selaku plaintif telah memfailkan saman terhadap Ong (kiri), yang juga bekas presiden MCA, bekas pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) Datuk Lee Hwa Beng dan PKA selaku defendan.
Dalam penyataan tuntutan itu, KDSB mendakwa ketiga-tiga defendan itu telah mendedahkan laporan berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang disediakan oleh Pricewaterhouse Coopers Advisory Services Sdn Bhd (PwCAS) kepada umum dengan niat jahat untuk menyebabkan kerugian kepada syarikat itu.
Laporan itu telah didedahkan pada 28 Mei 2009 melalui satu sidang akhbar atas arahan Ong yang turut dihadiri Lee, ahli-ahli kongsi kanan PwCAS dan media.
Plaintif mendakwa pendedahan laporan itu juga telah menyebabkan reputasi KDSB terjejas dan ia menjadi bahan cemuhan oleh masyarakat tanpa diberi peluang untuk memberi penjelasan atau membela diri.
Oleh yang demikian, KDSB memohon jumlah ganti rugi umum dan keterlaluan dan faedah serta kos yang tidak dinyatakan jumlahnya terhadap kesemua defendan.

Turut hadir pada prosiding hari ini peguam Kelvin Seet yang mewakili KDSB, peguam Badrul Munir Mohd Bukhari yang mewakili Ong dan peguam Leong Wai Hong yang mewakili Lee dan PKA.
- Bernama
- Bernama
http://malaysiakini.com/news/172612
No comments:
Post a Comment