Friday, September 9, 2011

Boleh saman Mat Sabu, kata Hisham

Sep 5, 11 6:50pm

Pihak yang merasa tersinggung dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara, disaran mengambil tindakan sewajarnya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan saman di mahkamah mungkin antara yang boleh dilakukan oleh pihak yang tersinggung terutamanya anggota keluarga pejuang kemerdekaan negara serta persatuan-persatuan bekas polis.

"Saya rasa pihak yang berkepentingan perlu mengambil tindakan kerana kadangkala nak tunggu siasatan dari pihak polis dan Peguam Negara mengambil masa.

"Ramai yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu, dan saya sendiri sebagai cucu Datuk Onn (Jaafar) terasa terhadap dakwaan-dakwaan yang berunsur politik, tapi ada had dan batasan dalam nak politikkan sesuatu. lebih-lebih lagi bila ianya bersandarkan kepada sejarah," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Hishammuddin juga berharap pihak polis akan mempercepatkan proses siasatan.

Mengenai permintaan beberapa pihak supaya Mat Sabu dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, beliau berkata akta itu hanya boleh digunakan jika tindakan individu itu menjejaskan keselamatan negara.

--Bernama


http://malaysiakini.com/news/174907

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...