Friday, September 9, 2011

Mat Sabu sedia debat dengan Muhyiddin

Abdul Rahim Sabri
Sep 6, 11
1:32pm


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedia berdepan dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu pejuang kemerdekaan dan peristiwa Bukit Kepong.

pengukir nama johor mat sabu pas pc 060911Katanya, ia susulan banyak kenyataan Muhyiddin yang menyerang Mohamad supaya "bertaubat dan bertakwa" selepas ucapannya pada 21 Ogos lalu.

"Secara peribadi Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak banyak mengecam saya tentang hal ini.

"Yang banyak maki hamun saya, suruh saya bertaubat, bertakwa ialah timbalan presiden Umno.

"Jadi eloklah kita bertemu dengan beliau. Sama ada nak panggil debat ka, nak panggil dialog ka, nak bincang ka, ikut," kata Mohamad dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Bahkan, tambah Mohamad, Muhyiddin juga ahli parlimen Pagoh - kawasan yang berdekatan dengan Bukit Kepong.

Debat dengan KJ bukan dari PAS

"Saya pun nak tanya dia juga, di mana unsur saya perlu bertaubat. Sebab saya nak belajar juga dari tokoh ulama macam Muhyiddin Yassin," sindir Mohamad.

Turut hadir dalam sidang media itu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan.

NONESementara itu, Tuan Ibrahim berkata beliau akan menghantar surat jemputan berdebat kepada Muhyiddin pada minggu ini juga.

"Timbalan presiden Umno lawan timbalan presiden PAS," katanya yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.

Sementara itu, mengulas hasrat kerajaan Kelantan untuk menganjurkan debat antara Mohamad dan Khair (kanan), Mohamad berkata beliau setakat ini belum menerima sebarang makluman.

Sementara Mustafa pula menjelaskan cadangan mempertemukan kedua-dua pemimpin parti Melayu itu bukan datang daripada PAS di peringkat Pusat.

"Saya tak tahu, saya tidak menerima apa-apa salinan (surat), saya tidak dimaklumkan apa-apa. Jadi saya tidak boleh bercakap apa-apa tentang hal itu," katanya.


http://malaysiakini.com/news/174958

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...