Friday, September 9, 2011

Mahkamah tolak rayuan kes tanah NCR

Sep 8, 11 4:23pm

Mahkamah Persekutuan hari ini mengenepikan rayuan yang dikemukakan oleh lima orang pemilik tanah adat (NCR) di Sarawak – satu keputusan yang akan memberi kesan kepada lebih 100 kes sama yang sedang didengar di mahkamah.

Panel dianggotai tiga orang hakim, dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, membuat keputusan sebulat suara untuk mengenepikan kes yang dikemukakan itu.

NONERayuan berkenaan adalah berhubung saman yang dikemukakan Bato Bagi dan lima orang perayu lain ke atas kerajaan Sarawak atas kehilangan tanah mereka yang kini ditenggelami air daripada projek empangan hidroelektrik Bakun.

Zaki yang akan bersara bermula Isnin depan, membuat keputusan itu bersama Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan juga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Md Raus Sharif.

Bato yang begitu dikenali dengan kes berkenaan, tidak dapat mendengar keputusan hari kerana telah meninggal dunia dua bulan lalu.

Mahkamah Tinggi Sarawak pada 26 April 2008 mengetepikan permohonan saman Orang Asal berkenaan dan keputusan itu kemudiannya dikekalkan di Mahkamah Rayuan tahun lalu.

Keputusan hari ini pula dibuat susulan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1 Mac lalu untuk membenarkan rayuan.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/175208

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...