Friday, September 9, 2011

Ketua hakim pertahan pertemuan hakim - PM

Hafiz Yatim
Sep 7, 11
2:18pm

Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan para hakim hari ini tidak akan menjejaskan kebebasan badan kehakiman, kata Ketua Hakim yang akan bersara, Tun Zaki Azmi.

Tujuan pertemuan tersebut, katanya kepada pemberita, adalah untuk memberi taklimat kepada perdana menteri mengenai bagaimana dana kerajaan persekutuan digunakan untuk menambahbaik sistem penyampaian mahkamah.

council of judges conference 070911Zaki, 66, yang akan bersara Isnin ini, berkata pertemuan tersebut tidak akan mengganggu pentadbiran keadilan seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau juga berkata, pertemuan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru, tetapi juga pernah diadakan sebanyak dua kali dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi perdana menteri.

Badan kehakiman telah memohon peruntukan sebanyak RM130 juta untuk mahkamah bagi rakaman transkripsi dan sistem e-filing.

"Tiada apa yang luar biasa seperti yang didakwa (oleh pihak-pihak tertentu) kerana persidangan hakim-hakim telah dirancang enam bulan lalu dan perdana menteri memaklumkan kepada kami hendak melawat mahkamah, hanya minggu lepas," tegasnya.

Sejumlah 130 hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan akan menghadiri pertemuan dengan perdana menteri di Istana Kehakiman petang ini.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/175052

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...