Friday, September 9, 2011

Gerakan: Jangan terlampau mengasak kami

Sep 7, 11 4:05pm


Cadangan supaya calon Gerakan Melaka bertanding di bawah lambang parti itu sendiri, makin mendapat sokongan.

Naib ketua Pemuda Gerakan pusat, David Ang hari ini turut
menyokong cadangan yang dibuat oleh setiausaha agung parti itu, Teng Chang Yeow.

penang gerakan egm 101010 teng chang yeowDalam satu kenyataan, Ang berkata, semua ahli Gerakan Melaka patut menyokong cadangan Teng supaya bertanding bawah lambang parti sendiri dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, ia tidak seharusnya terhad kepada Gerakan bahagian Bachang sahaja tetapi harus merangkumi "kesemua kawasan lain" di Melaka di mana parti itu merasakan calonnya mempunyai peluang menang.

Sambil mengingatkan pemimpin BN supaya jangan terlampau "mengasak Gerakan", Ang menegaskan parti itu "akan melawan balik demi maruahnya".

"Gerakan kini berusia 43 tahun dan kami sudah cukup matang dan berpengalaman untuk menentukan sendiri nasib dan halatuju kami.

"Kami tidak perlukan Umno atau mana-mana pihak lain untuk memberitahu kami di mana kami perlu bertanding.

ali rustam"Kami akan buat keputusan di mana kita patut bertanding dan kami akan beritahu mereka bila tiba masanya," katanya Ang.

Ang menjawab kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa BN Melaka akan meletakkan 'calon boleh menang' sama ada dari Umno atau MCA - bagi menggantikan Gerakan - di DUN Bachang dalam pilihan raya umum akan datang.

Gerakan bertanding kerusi tersebut sejak 1995, tetapi calonnya, Wendy Ngo Kim Hwa tewas kepada Lim Jak Wong dari DAP dalam pilihan raya umum 2008.

Mohd Ali yang juga ketua menteri Melaka dilaporkan berkata BN memerlukan calon yang boleh menjamin kemenangan di Bachang dan jika Gerakan tidak mempunyai calon sedemikian, maka lebih baik calon Umno yang bertanding di DUN tersebut.

[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/175078

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...