Sep 7, 11 4:03pm
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini menimbulkan syak bahawa terdapat terdapat usaha yang dijalankan oleh badan agama Islam tertentu untuk "menjatuhkan" menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Khalid berkata, kesangsiannya itu timbul ekoran satu "perjumpaan khas" yang didakwa telah diadakan berhubung tindakan menteri besar dalam menangani isu serbuan ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church pada 3 Ogos lalu.
"Saya difahamkan satu perjumpaan khas telah diadakan di antara NGO-NGO Islam bersama JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan Dato (Mohd) Adzib (Isa) dari MAIS yang turut dihadiri wakil dari pejabat Peguam Negara.
"Mereka membincangkan memorandum yang ingin dihantar ke DYMM Sultan yang menyerang menteri besar berhubung isu Kristianisasi ini.
"Nampak gaya (perjumpaan itu) satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan MB," kata Khalid (kiri) dalam satu tulisan di blognya.
Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor juga berharap tiada anggota exco Selangor, terutamanya daripada PAS yang terlibat.
Tidak berlaku zaman Khir
Tiga orang pemimpin PAS yang menganggotai majlis kerajaan negeri ialah Dr Halimah Ali (Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan), Iskandar Samad ( Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan) serta Datuk Dr Hasan Ali (Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam).
Khalid yang sering berselisih pandangan dengan JAIS itu juga menyatakan rasa hairannya kerana perkara seperti itu tidak berlaku dalam pentadbiran menteri besar terdahulu -- Dr Mohd Khir Toyo.
"Pada zaman Khir Toyo (kanan) apabila BN merompak negeri Selangor, semua diam. Sama ada MAIS, ataupun JAIS, termasuk Pejabat Peguam Negara mahupun pihak yang menggelar diri mereka mewakili istana.
"Tetapi di zaman MB yang berkebajikan, bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak MB," katanya lagi.
Tambahnya, Sultan juga jarang terlibat dalam hal pentadbiran, kecuali dalam program adat istiadat ketika pentadbiran BN sebelum ini.
"Sekarang, Baginda kerap diketengahkan, menegur dan membidas MB. Itulah perangai UMNO. Bila UMNO sudah tidak laku, mereka ketengahkan Sultan sedangkan dulu mereka sendiri yang mencaci Sultan," katanya lagi yang bimbang Sultan Selangor "diheret" ke kancah politik.
Kritik tangguh laporan periksa gereja
Dalam pada itu, Khalid turut mengkritik JAIS atas permohonan jabatan itu untuk menangguhkan penyerahan laporannya berhubung pemeriksaan ke atas DUMC untuk tempoh sebulan lagi.
"Ini akan pasti memberikan gambaran negatif terhadap profesionalisme JAIS yang bertindak dengan begitu cepat 'memeriksa' sebuah gereja tetapi begitu lambat dalam mengeluarkan laporan mengenainya.
"Saya difahamkan bahawa pihak DUMC telah bertemu dengan rombongan PAS dan secara umumnya menyatakan mereka tidak ada kena-mengena dengan majlis malam tersebut.
"Majlis itu adalah majlis NGO yang memohon jasa baik mereka untuk membenarkan mereka menggunakan dewan milik gereja dan itu sahaja," katanya lagi.
Khalid turut mengulangi bahawa JAIS menjalankan tindakan tersebut tanpa siasatan terperinci dan hanya berdasarkan laporan 'memurtadkan orang Islam' oleh pihak yang tidak dikenali.

"'Pihak yang tidak dikenali' yang melaporkannya mungkin berniat jahat dari awal? Sama-sama kita tunggu laporan yang semestinya tinggi melangit kerana memakan masa berbulan-bulan untuk disediakan," katanya lagi.
http://malaysiakini.com/news/175077
No comments:
Post a Comment