Friday, September 9, 2011

PAS jejak pemegang IC hijau jadi pengundi

Abdul Rahim Sabri
Sep 8, 11
7:12pm

Dewan Pemuda PAS turun padang menjejaki penduduk sementara (pemegang kad pengenalan hijau) yang didakwa menjadi 'pengundi hantu' di DUN Bangi baru-baru ini.

Timbalan pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Mohd Adram Musa berkata, berdasarkan semakannya, tiga penduduk berstatus itu didaftarkan sebagai pengundi.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Mohd Adram berkata, dua kes dikesan di Selangor dan satu lagi di Terengganu.

Bahkan, menceritakan usaha menjejaki seorang daripadanya - Jamaluddin Tahir di Bangi - mendapati alamat yang didaftarkan itu tidak wujud.

Mohd Adram Musa mendakwa, menurut rekod, individu berkenaan mendaftar menggunakan alamat di Jalan Pintar 11, Taman Universiti, tetapi berdasarkan pemeriksaan, taman itu
sehingga Jalan Pintar 5 sahaja.

"Ini satu persoalan," kata Mohd Adram Musa yang juga ketua Pemuda PAS Kajang.

"Ini yang saya nyatakan hantu-hantu yang ditanam di DUN-DUN yang mereka fokus," katanya sambil menunjukkan 'bukti' bergambar pemeriksaan di lokasi tersebut.

Katanya, penemuan ini membuktikan dakwaan mereka sebelum ini bahawa wujud'senarai pemilih kotor' yang boleh menjatuhkan kerajaan Selangor dalam pilihan raya akan datang.

Dua individu lagi yang didakwa pemegang kad pengenalan hijau tetapi didaftar sebagai pengundi bernama Numi Syukri dari Terengganu dan Hasmidah Surahbil (Selangor).

Sehubungan itu, beliau meminta Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan perkara ini.


http://malaysiakini.com/news/175235

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...